Hai Kenangan!

Saturday, April 28, 2018


Oh kenangan,
Kenangan mengusik jiwa,
Ku terhempas...

Jauh di sudut mata,
Jiwa kian terpisah,
Makin sengsara...

Hai kenangan! Back to 2016 the end of the year where we were being two in one soul. The night sky with a bunch of stars being our spectator. Huh, what a gloomy memory isnt? Nvm, it just a memory. Makan hari mahupun tahun, kenangan takkan pernah terpadam (just in case either of us ada amnesia nanti). Aku boleh kata walaupun kebelakangan ni kau nampak "lain" yes lain sebab aku ada satu instinct dimana semua manusia ada iaitu "rasa". Bukan rasa dimulut tapi rasa dihati. Kadang tu bukan terasa cuma kecewa. Benda yang berbeza tapi bila dah dicampur adukkan tu dia akan jadi lain. Dia aku merubah rasa tu kepada "air mata". Mugkin kau pandang remeh tapi hakikatnya meninggalkan luka yang dalam sedalam-dalamnya. Bukan cuma aku, tapi semua perempuan. Jujur aku tak kisah tapi aku risau, risau akan ada jarak antara kita. Jarak yang makin menjauhkan kita tanpa kau sedar. Jangan risau, doa aku hanya satu untuk kau dan aku agar terus bersatu walau apa pun dugaan dan cabaran. Moga Allah memudahkan urusan kita, aamiin. Setiap pelusuk negeri ini, meninggalkan kesan pada aku. Kesan yang paling menggamit jiwa dan takkan pernah aku lupakan walau seinci kenangan itu. Terima kasih atas lakaran kenangan yang kau ukir indah untuk aku 

Hai kenangan! Kenangan yang sikit pun takkan terpadam daripada ingatan aku since we were thirteen. Kenangan sewaktu sekolah, itu paling aku sayang. Kenangan yang dimana adanya manusia di setiap jatuh dan bangunnya aku. Dimana setiap kata yang mereka lontarkan sikit pun tidak meninggalkan kesan dalam hati aku. Kenangan yang tak pernah mengguris, kenangan yang sentiasa support satu sama lain. Kenangan yang bila gaduh pasti akan ada jalan penyelesaian dan pasti akan kembali macam dulu, macam tak pernah jadi apa. Kenangan yang mengusik jiwa, yang sentiasa buat itu ini sama-sama. Haih, jujur aku rindu kenangan yang satu ini. Tak mampu aku ungkapkan besar mana "efek" mereka pada hidup aku. Terima kasih kawan jatuh bangun Izzatul, Anis, Hajar, Hazira dan Effa

Hai kenangan! Manusia yang sentiasa ada waktu jatuh bangun aku sewaktu berjihad menuntut ilmu. Manusia yang bergelak ketawa, menggila bersama terima kasih untuk segala kenangan. Keluar makan sama-sama, marah sama-sama and jadi mangsa keadaan sama-sama. Aku akui, jalan kita sewaktu belajar sangat mencabar, penuh dugaan dan ujian yang Allah titipkan untuk kita agar terus kuat selepas menamatkan perjuangan ini. Aku tahu itu sukar, dalam diam kita menitiskan air mata kerana asakkan dan kekejaman yang kita hadapi. Mereka tidak rasa, mereka tidak tahu jadi biarkan mereka terus menunding jari dan lemparkan apa yang mereka mahu. Mungkin pada mereka kita salah, jadi disini aku menyusun 10 jari melontarkan kata-kata maaf agar mereka tidak menyimpan dihati. Semoga mereka diperikan hidayah dan ketenangan serta kejayaan yang mereka impikan. Terima kasih sahabat seperjuanganku Laila, Mus dan Aton serta "mahluk kesayangan" hamba semoga kita terus berhubung hingga ke akhirnya 

Hai kenangan! Moga terus kekal dalam ingatan, moga kau bersemadi indah dalam jagaan dan moga kau berikan kebahagian pada masa akan datang. Kenangan indah yang tak terluah, pahit yang tak dirasa mencengkam jiwa tatkala kesunyian. Kenangan yang meninggalkan kesan paling dalam pada setiap manusia. Akhir kata, binalah beribu kenangan di usia muda ni, nanti bila dah tua ada juga yang kita boleh kenangkan heheheheheh. Sayonara!

You Might Also Like

1 comments

CBOX

Followers

Popular Posts